MzDynA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera......dimulakan dengan senyuman, hari ni saya terasa nak mencoretkan sesuatu kat sini...kalau yang lepas-lepas tu terus je semak resepi kan...al-maklumlah, sebagai warga blogger  baru, banyak lagi yang perlu saya belajar....hehe....banyak pulak celotehnya ye....jomlah baca al-kisah datangnya puding ni pulak....

Untuk pengetahuan semua....resepi ni sebenarnya saya dapat daripada SINI, sebelum ni tak terfikir pun nak letak pandan, selalunya buat puding caremel biasa je...terima kasih ye kak reen untuk resepi yang sedap dan mudah ni....Minta izin untuk share disini ye........JOM semak resepinya.........


PUDING KAREMEL PANDAN
BAHAN-BAHAN:
  • 5 biji telur (saya guna telur gred B)
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 cawan air perahan pandan
  • 1 sudu kecil esen vanila (saya guna 1 penutup botol esen vanila)
  • sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu besar tepung jagung
Untuk buat gula hangus:
  • hanguskan 3 sudu besar gula dalam loyang ....tak perlu letak air
CARA-CARA:
  • Blend semua bahan-bahan di atas 
  • Tuang ke dalam loyang gula hangus...
  • Kukus selama 20 minit atau hingga masak...
  • Bila dah masak, biarkan betul-betul sejuk dulu baru terbalikkan.
Label: 1 ulasan | | edit post
MzDynA
Resepi asal: Sinar Kehidupanku
 BAHAN-BAHAN
  •   4 keping roti 
  •   170 ml susu cair 
  •   ½ cawan air 
  •   2 biji telur (saya guna gred B)  
  • ½ cawan susu pekat (saya guna 2 ½ sudu besar)  
 Blendkan semua bahan2 di atas dan ketepikan…. 
  • 170 ml air (resepi asal guna sukatan cawan yg 230ml sebanyak 3 cawan) 
  •   8 gm serbuk agar2 (saya guna jenama nona yg tanpa pewarna) 
  • ½ cawan gula 
  • 2 sudu besar butter/majerin (saya guna majerin pelangi) 
  • 3 jenis pewarna kegemaran

 CARA MEMBUAT:
    • Didihkan 170 ml air dan masukkan serbuk agar2 dan gula. 
    • Bila gula dah cair , masukkan majerin (resepi asal majerin tu dicairkan dulu baru dicampurkan disini). 
    • Setelah majerin cair, masukkan bahan2 yang diblend tadi dan kacau hingga mendidih.Kemudian tutup api. 
    • Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna yang berlainan (saya guna warna sama dengan resepi yang asal iaitu merah,kuning dan hijau). 
    • Masukkan 1 senduk setiap warna secara berselang seli ke dalam loyang, ulangi hingga habis 
    • Bila dah habis semuanya, biarkan sejuk (agak2 suam2 ) dulu baru dimasukkan dalam peti ais

     

     
    Puding ni dibuat khas sempena majlis sambutan AIDILFITRI di pejabat esok…….



    Label: 1 ulasan | | edit post
    MzDynA

    Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua yang mengenali kami Mohd Zareman dan Diana tidak mengira dimana anda berada.. Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger-blogger yang banyak membantu kami dalam penghasilan blog ini. Walaupun kami masih lagi baru dalam bidang blogger, kami banyak mendapatkan maklumat-maklumat menerusi saluran ini.
    Label: 0 ulasan | | edit post
    MzDynA


     Resepi asal : kak reen 

    Bahan-bahan
    • 250gm tepung beras
    • 250gm tepung gandum
    • 1/2 cawan gula pasir
    • 2 cawan air (saya tambah sikit)
    • 1 1/2 cawan gula melaka (saya guna 2 gulung gula melaka yg leper)
    • Minyak secukupnya untuk menggoreng
    • Sedikit garam 
    • 2 sudu makan majerin (resepi asal x letak)

     Cara-cara

    •  Larutkan gula melaka dengan air-ketepikan dan sejukkan
    • Cairkan majerin dan ketepikan
    • Kemudian campurkan semua bahan-bahan berikut dan gaul sebati
    • Kacau hingga tepung x berketul 
    • Kalau adunan terlalu pekat tamah sedikit lagi air
    • Panaskan minyak dan goreng 1 senduk adunan hingga kembang,baru terbalikkan
    • Dah masak,angkat dan toskan minyak





    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Copyright By MzDynA. Dikuasakan oleh Blogger.