MzDynA
 BAHAN-BAHAN :
  • 1 batang petola sederhana besar
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan tumbuk :
  • 2 ekor ikan  - diambil isinya (saya guna ikan selayang/sardin)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • Segenggam kelapa parut (kalau suka boleh letak lebih)
 CARA-CARA :
  • Petola dibelah tengah dan buang bijinya. Kedua-dua hujung petola dibuang juga. Kemudian potong kepada 5 keratan (bergantung kepada saiz)
  • Tumbuk semua (bahan-bahan tumbuk) hingga halus
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam mangkuk,masukkan garam dan gula,gaul sebati
  • Akhir sekali masukkan telur dan gaul sebati
  • Ambil sedikit adunan dan sumbatkan ke dalam petola,ulangi hingga habis
  • Susun solok yang dah siap disumbat ke dalam loyang,siramkan santan ke atas solok tadi dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan
  • Loyang hendaklah ditutup supaya wap tak keluar dan bahagian atas solok akan masak
  • Bila santan dah kering (jangan sampai hangus) bolehlah ditutup api
  • Sedia untuk dihidangkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.......Hari ni saya nak berkongsi satu lagi resepi lauk-pauk....Kebiasaan orang buat solok lada je kan, tepi sebenarnya solok ni boleh dipelbagaikan. Contohnya solok petola ni..Rupa-rupanya sedap jugak ye...Bezanya ia x pedas je,jadi kanak-kanak pun boleh juga menjamu selera...

Haa...ni gambar jarak dekat petola yang saya guna, petola yang jenis bergerigi tu pun saya panggil petola jugak,yang ni pun saya panggil petola jugak. Tapi yang ni ia x bergerigi, hehehe....licin je kulitnya..Apa-apa pun selamat menjamu selera.
MzDynA

BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 biji kobis sederhana besar - dihiris
  • 1 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 1 batang lobak merah - dihiris
  • 1 mangkuk sotong - dipotong bulat
  • 1 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam dan dula secukup rasa
Bahan-bahan tumbuk :
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji cili padi
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • Sejemput ikan bilis
  • 1 ekor ikan rebus (saya guna 1 ekor ikan selayang / sardin)
  • Sedikit lada hitam
 CARA-CARA :
  • Bersihkan kobis,lobak merah,bawang yang dihiris dan sotong,ketepikan dulu
  • Tumbuk semua (bahan-bahan tumbuk) dan ketepikan
  • Dalam periuk,masukkan santan dan sedikit air,panaskan sekejap,tak perlu sampai mendidih
  • Bila santan dah panas,masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan kacau hingga mendidih (hendaklah sentiasa mengacau supaya santan tak berketul)
  • Kemudian masukkan kobis,lobak merah dan bawang kedalam santan
  • Masukkan garam dan gula
  • Akhir sekali masukkan sotong dan kacau hingga mendidih lagi sekali dan tutup api (kalau kuah pekat sangat boleh tambah air lagi)
MzDynA
BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 kg udang sederhana besar
  • 1 mangkuk petai - dibelah dua
  • 1 mangkuk cili boh (saya guna cili kering kisar)
  • 1 labu bawang besar - dihiris nipis
  • Garam dan gula secukup rasa (saya tambah gula melaka sedikit)  **
  • Sedikit air asam jawa (secukup rasa)  **
  • 1 sudu makan sos tiram  **
  • 1 sudu makan sos ikan  **
  • Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan kisar :
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • Sejemput udang geragau
  • 1/2 inci kunyit hidup
CARA-CARA :
  • Bersihkan udang dan toskan (saya tak buang kulitnya)
  • Blendkan semua bahan-bahan kisar sekali gus
  • Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau
  • Kemudian masukkan cili kisar,goreng hingga pecah minyak / hingga cili betul-betul masak
  • Bila cili dah pecah minyak,masukkan udang,kacau sebentar baru dimasukkan bahan-bahan bertanda (**) , kacau hingga udang masak
  • Akhir sekali masukkan bawang yang dihiris nipis dan petai,gaul sebentar dan tutup api
  • Sedia untuk dihidangkan

MzDynA
Untuk sesiapa yang mempunyai iPhone, Blackberry, Android dan SmartPhone yang seangkatan dengannya, anda boleh melayari laman blog ini menggunakan SmartPhone anda. Scan Code di atas untuk melayari blog ini. Selamat mencuba... Enjoyed!!!
Label: 0 ulasan | | edit post
MzDynA
Assalamualaikum dan salam sejahtera....seperti biasa....

Dimulakan dengan senyuman
Hari ni saya nak berkongsi satu lagi resepi yang baru saya "try", eceh cakap orang putih pulak ye...hehehe..saje je...Okey tak payah buang masa,jom kita tengok resepinya.......


POPIA AYAM
BAHAN-BAHAN:
  • 200 gram isi ayan -dipotong kiub (saya letak lebih)
  • 2 biji telur (saya guna gred A)
  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1 mangkuk kecil kobis - diparut
  • 1 mangkuk kecil lobak merah - diparut
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • 15 biji lada hitam ditumbuk halus
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • Minyak untuk menumis  
  • Kulit popia secukupnya (saya guna popia yang saiz besar dan boleh dapat lebih kurang 50 biji)
  • Bancuh tepung sedikit bersama air (untuk buat gam pada kulit popia)
CARA-CARA:
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan-bahan yang dihiris hingga naik bau 
  • Kemudian masukkan ayam dan garam, kacau hingga ayam separuh masak
  • Bila ayam dah kelihatan agak-agak dah putih , masukkan bahan-bahan yang diparut dan taugeh, gaul hingga sebati
  • Selepas itu masukkan gula dan lada hitam , kacau sebentar hingga ayam betul-betul masak
  • Akhir sekali masukkan telur dan gaul sebati , kemudian padamkan api , biarkan sejuk sikit baru digulungkan dalam popia
  • Sediakan minyak yang mencukupi untuk menggoreng popia yang dah siap digulung
 
Resepi ni saya dapat daripada majalah RASA Bulan Oktober. Resepi ni telah diubahsuai mengikut citarasa keluarga..Popia ni saya buat semalam dan simpan dalam peti ais , hari ni baru goreng...Sos untuk resepi ni pulak saya beli yang segera je...hehe...tak sempat nak buat.



MzDynA
Resepi asal: mutiarazura
Sumber: My Resepi

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ikan merah sederhana besar
  • 1 batang serai -dititik                        (**)
  • 3 ulas bawang merah - dimayang     (**)
  • 1 ulas bawang putih - dimayang       (**)
  • 3 biji cili padi - dipotong bulat2          (**)
  • 1 biji cili merah - dipotong bulat2       (**)
  • 1/2 inci halia -dipotong halus            (**)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 1/2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • 2 sudu besar air (resepi asal tak letak)
*Resepi asal menggunakan minyak bijan dan daun ketumbar..

Untuk hiasan:
  • daun sup dan daun bawang
CARA-CARA:
  • ikan di kelar dan dilumur dengan sos tiram serta sos ikan
  • taburkan semua bahan-bahan bertanda (**) ke atas ikan, masukkan sedikit bahan-bahan tu ke celah-celah ikan yang dikelar tadi
  • kemudian titiskan air dan jus limau di atas ikan 
  • akhir sekali kukus ikan lebih kurang 20 minit atau hingga masak
Haha...itulah bahan-bahannya dan cara-cara membuatnya..senang je kan,..bahan-bahannya pun mudah didapat di kedai-kedai runcit berhampiran rumah je......
Ribuan terima kasihlah buat pemilik asal resepi ni kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ni...

Dan ni lah yang terjadi selepas beberapa minit kemudian.......

Liciiinnn...........
Label: 1 ulasan | | edit post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By MzDynA. Dikuasakan oleh Blogger.