PS3
MzDynA

Ps3 160 gb dan fav. Geme

MzDynA





 Hari ni satu lagi resepi sempat dikongsikan...resepi ni sama je ngan yang INI cuma digantikan dengan lada je...jom tengok resepi...


BAHAN-BAHAN:
  • 3biji lada besar
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMBUK:
  • 2 ekor ikan  - diambil isinya (saya guna ikan selayang/sardin)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • Segenggam kelapa parut (kalau suka boleh letak lebih)
CARA-CARA:
  • Lada besar dibelah tengah-tengah dan dibuang bijinya
  • Tumbuk semua (bahan-bahan tumbuk) hingga halus
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam mangkuk,masukkan garam dan gula,gaul sebati
  • Akhir sekali masukkan telur dan gaul sebati
  • Ambil sedikit adunan dan sumbatkan ke dalam perut lada,ulangi hingga habis
  • Susun solok yang dah siap disumbat ke dalam loyang,siramkan santan ke atas solok tadi dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan
  • Loyang hendaklah ditutup supaya wap tak keluar dan bahagian atas solok akan masak
  • Bila santan dah kering (jangan sampai hangus) bolehlah ditutup api
  • Sedia untuk dihidangkan



MzDynA

              Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...........apa khabar?...
Hari ni sempat jugak saya singgah kat sini jab...hehehe..Sebenarnya dah lama gambar ni dalam simpanan cuma tak berkesempatan je nak upload kat sini...

 
 Hari ni dan dikesempatan ini saya nak kongsikan satu resepi daripada bonda tersayang iaitu pengat pisang dimakan bersama dengan pulut kukus......Kebiasaan orang makan pengat pisang je kan...Apa salahnya sekali sekala tukar menu pulak..huhuhu


Oklah jom kita tengok resepinya...........


BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 kg beras pulut
  • (kalau nak makan pagi,rendam beras malam kemudian kukus esoknya

  • 8 atau 10 biji pisang nangka (dipotong 3 bahagian)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air(kalau terlalu pekat tambah air lagi)
  • 1 helai daun pandan
  • Gula sesukup rasa
  • Secubit garam
  • 2 titik perisa pisang
CARA-CARA:
  • Kukus beras pulut selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak,
  • Sementara pulut masak,satukan semua bahan untuk masak pengat pisang di atas
  • Masak dengan api yang sederhana besar,kacau selalu supaya kuah tak berketul
  • Bila semua dah masak,masukkan pulut dalam mangkuk dan tuang pengat di atasnya...makan masa panas-panas lagi sedap...

Saya suka guna pisang nangka sebab ia ada rasa masam-masam sikit..Bila dah jadi pengat,semua rasa ada,masam ada,manis ada dan masin pun ada.....Senang je resepinya dan selamat mencuba.....



Label: , 0 ulasan | | edit post
MzDynA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...hai.malam ni terlebih rajin la pulak sampaikan boleh update dua resepi la pulak ye...hm...bila dah malas berbulan-bulan tak update blog...kalau kat dapur tu mungkin dah penuh dengan habuk-habuk dah kot..hehehe

      Ni nak kongsi satu lagi resepi...mana lagi dapat resepi ni kalau bukan daripada Kak Yatie .Nak buat macam mana dah memang peminat setia kak yatie...Okeylah tak payah buang masa...Resepi ada kat bawah ni...nak tengok yang kak yatie punya pun boleh...Klik je kat SINI .

Bahan-bahan:
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur (saya guna bred B)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar majerin
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Cara-cara :
  • Hanguskan gula dan dicampurkan dengan air panas,kacau sebati dan sejukkan
  • Blend telur, susu, majerin dan minyak selama lebih kurang 3 minit
  • Kemudian masukkan air gula hangus yg disejukkan tadi serta soda bikarbonat, blend lagi
  • Akhir sekali masukkan tepung dan blend lagi hingga sebati
  • Sapu minyak pada loyang atau bekas dan tuang adunan dan kukus selama 40 minit (kalau dalam loyang)
  • Kukus 15 minit dalam acuan kecik2

Saya guna acuan kuih puteri ayu...dan nilah rupa apam bila dah masak, tinggi kan apam ni naik


Yang ni baru angkat dari kukusan...berkilat lagi...Yang ni pun dah banyak dah terjual...huhuhu


Ni gambar sebelum kukus

Haa...Macam ni lah rupa kukusan yang digunakan untuk mengukus apam-apam di atas tu...Penutupnya mesti dibuat seperti di gamba tu supaya air wap yang berkumpul tak menitis atas apam dan merosakkan apam...Tips ni  dapat daripada salah satu blok masakan juga...
Label: 2 ulasan | | edit post
MzDynA
Assalamualaikum dan salam sejahtera..............hari saya nak kongsi satu lagi resepi yang baru saya belajar..hm..nk kata baru belajar takdela baru sangat...dah terjual banyak dah pun,cuma tak sempat nak update dalam blog ni je......
 Pemilik resepi yang asal ni tak lain dan tak bukan ialah Kak Yatie .Terima kasih ye akak kerana sudi berkongsi resepi ni...Ni adalah resepi apam pertama saya dan sebelum ni saya tak pernah lagi buat apam,apa-apa apam pun...

Dan ni lah hasilnya......

 Saya buat dalam loyang je...masa ni ada sedikit perasaan malas nak letak dalam bekas kecil2 comel macam yang kak yatie buat tu....huhuhu


Okey tak payah buang masa...jom kia semak resepinya pulak.......
Resepi asal : Kak Yatie

Bahan-bahan: 
  • 2 cawan nasi
  • 1 3/4 cawan gula pasir (kak yatie campur dengan gula perang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu kecil yis mauripan
  • 2 1/2 cawan air
  • Kelapa parut
  • Garam secukup rasa
Cara membuat :
  • Blend nasi bersama air terlebih dahulu sehingga halus
  • Kemudian masukkan gula dan blend lagi hingga gula hancur
  • Dalam bekas lain satukan tepung gandum dan tepung beras serta yis mauripan, gaul bagi bercampur
  • Kemudian tuang bahan blend ke dalam bekas tepung tadi
  • Kacau hingga sebati dan tak berketul
  • Dan perapkan adunan tersebut selama lebih kurang 3 jam...
  • Panaskan pengukus dan balut penutu kukusan dengan kain
  • Sapukan loyang atau bekas apam dengan minyak, kemudian tuang adunan apam
  • Kukus apam selama lebih kurang 45 mini atau hingga masak (kalau kukus dalam loyang)
  • Kalau dalam bekas kecik2 kukus selama 15 minit je...
  • Dah masak hidangkan bersama kelapa yang digaul garam

Yam..yam..yam..sedapnya..tak sangka menjadi...hehehe...Oh ye terlupa satu lagi...kalau korang semua suka apam yang berwarna warni macam apam saya tu boleh la letak warna kegemaran ye sebelum apan tu diperap...


Okey selamat mencuba pulak ye......

Label: 0 ulasan | | edit post
MzDynA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.......Amboi lama betul x menjenguk kat sini ye...Apa boleh buat orang busy la katakan...apa tak busynya..start keje kul 7.30 am sampai kul 6.00 pm..hm.boleh dikatakan hari2 la mcm ni sejak 2 menjak ni...Yang jadi macam ni disebabkan banyak sangat kerja yang tertunggak dan terpaksalah kitaorang semua2 ni kene buat over time dari jam 5.00 pm hinggalah jam 6.00 pm untuk menghabiskan kerja2 tertunggak tu.....eh..kitaorang2?...hehehe

Kitaorang-kitaorang tu......ni la yang kat bawah ni...........

 
Ni MEM kitaorang.....Terima kasih belanja KFC kat kitaorang ye......Tabik springla MEM.Lain kali belanja lagi ye.......toing!!!!!


Ni pula BIG BOSS unit sebelah..dijemput khas bagi memeriahkan suasana......


Dan ni lah team kitaorang tiap-tiap petang...
Ni adalah pekerja contoh yang mesti dicontohi....ha..nak taw kenapa..dah sarat pun masih lagi kuat keje...bagus-bagus...

Mak oii...sibuknya dia sampai x sempat nak makan....saje je ni buat2 sibuk..belum sempat lagi aku pusing belakang lepas amik gambar dia..dia dah bangun g rembat 2 ketul ayam dah.....hm..

Amboi sopannya makan...sambil makan pun muka ada senyum ka...haiyaaa..macam2 ragam tol lah.......

Ha ni lagi sorang,...tersengih2 macam kerang busuk..busuk lagi daripada kerang...badan cekeding je tapi makan mengalahkan oarng berbadan dua....

Yang ni pulak x nyempat nk tukar uniform....dah esok pakai yang sama jugak...comfirm......



Ni sorang lagi mak buyung...yang ni pulak selera kurang..al-maklumlah orang tengah mengalami alahan...asyik uwek2 je.....


Semua yang di atas tu lah team kami yang selalu buat over time buat kerja yang x pasti bila akan siap..Dek kerana rajin,bonda kami iaitu MEM telah belanja kami KFC...Syukur Alhamdulillah...Semoga Mem dimurahkan rezeki....Amin

Alamak...gambar aku sendiri pun aku lupa...hm...x pe lah...







MzDynA
 BAHAN-BAHAN :
  • 1 batang petola sederhana besar
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan tumbuk :
  • 2 ekor ikan  - diambil isinya (saya guna ikan selayang/sardin)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • Segenggam kelapa parut (kalau suka boleh letak lebih)
 CARA-CARA :
  • Petola dibelah tengah dan buang bijinya. Kedua-dua hujung petola dibuang juga. Kemudian potong kepada 5 keratan (bergantung kepada saiz)
  • Tumbuk semua (bahan-bahan tumbuk) hingga halus
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam mangkuk,masukkan garam dan gula,gaul sebati
  • Akhir sekali masukkan telur dan gaul sebati
  • Ambil sedikit adunan dan sumbatkan ke dalam petola,ulangi hingga habis
  • Susun solok yang dah siap disumbat ke dalam loyang,siramkan santan ke atas solok tadi dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan
  • Loyang hendaklah ditutup supaya wap tak keluar dan bahagian atas solok akan masak
  • Bila santan dah kering (jangan sampai hangus) bolehlah ditutup api
  • Sedia untuk dihidangkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.......Hari ni saya nak berkongsi satu lagi resepi lauk-pauk....Kebiasaan orang buat solok lada je kan, tepi sebenarnya solok ni boleh dipelbagaikan. Contohnya solok petola ni..Rupa-rupanya sedap jugak ye...Bezanya ia x pedas je,jadi kanak-kanak pun boleh juga menjamu selera...

Haa...ni gambar jarak dekat petola yang saya guna, petola yang jenis bergerigi tu pun saya panggil petola jugak,yang ni pun saya panggil petola jugak. Tapi yang ni ia x bergerigi, hehehe....licin je kulitnya..Apa-apa pun selamat menjamu selera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By MzDynA. Dikuasakan oleh Blogger.