MzDynA

              Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...........apa khabar?...
Hari ni sempat jugak saya singgah kat sini jab...hehehe..Sebenarnya dah lama gambar ni dalam simpanan cuma tak berkesempatan je nak upload kat sini...

 
 Hari ni dan dikesempatan ini saya nak kongsikan satu resepi daripada bonda tersayang iaitu pengat pisang dimakan bersama dengan pulut kukus......Kebiasaan orang makan pengat pisang je kan...Apa salahnya sekali sekala tukar menu pulak..huhuhu


Oklah jom kita tengok resepinya...........


BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 kg beras pulut
  • (kalau nak makan pagi,rendam beras malam kemudian kukus esoknya

  • 8 atau 10 biji pisang nangka (dipotong 3 bahagian)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air(kalau terlalu pekat tambah air lagi)
  • 1 helai daun pandan
  • Gula sesukup rasa
  • Secubit garam
  • 2 titik perisa pisang
CARA-CARA:
  • Kukus beras pulut selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak,
  • Sementara pulut masak,satukan semua bahan untuk masak pengat pisang di atas
  • Masak dengan api yang sederhana besar,kacau selalu supaya kuah tak berketul
  • Bila semua dah masak,masukkan pulut dalam mangkuk dan tuang pengat di atasnya...makan masa panas-panas lagi sedap...

Saya suka guna pisang nangka sebab ia ada rasa masam-masam sikit..Bila dah jadi pengat,semua rasa ada,masam ada,manis ada dan masin pun ada.....Senang je resepinya dan selamat mencuba.....



Label: , | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By MzDynA. Dikuasakan oleh Blogger.