MzDynA
Assalamualaikum dan salam sejahtera..............hari saya nak kongsi satu lagi resepi yang baru saya belajar..hm..nk kata baru belajar takdela baru sangat...dah terjual banyak dah pun,cuma tak sempat nak update dalam blog ni je......
 Pemilik resepi yang asal ni tak lain dan tak bukan ialah Kak Yatie .Terima kasih ye akak kerana sudi berkongsi resepi ni...Ni adalah resepi apam pertama saya dan sebelum ni saya tak pernah lagi buat apam,apa-apa apam pun...

Dan ni lah hasilnya......

 Saya buat dalam loyang je...masa ni ada sedikit perasaan malas nak letak dalam bekas kecil2 comel macam yang kak yatie buat tu....huhuhu


Okey tak payah buang masa...jom kia semak resepinya pulak.......
Resepi asal : Kak Yatie

Bahan-bahan: 
  • 2 cawan nasi
  • 1 3/4 cawan gula pasir (kak yatie campur dengan gula perang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu kecil yis mauripan
  • 2 1/2 cawan air
  • Kelapa parut
  • Garam secukup rasa
Cara membuat :
  • Blend nasi bersama air terlebih dahulu sehingga halus
  • Kemudian masukkan gula dan blend lagi hingga gula hancur
  • Dalam bekas lain satukan tepung gandum dan tepung beras serta yis mauripan, gaul bagi bercampur
  • Kemudian tuang bahan blend ke dalam bekas tepung tadi
  • Kacau hingga sebati dan tak berketul
  • Dan perapkan adunan tersebut selama lebih kurang 3 jam...
  • Panaskan pengukus dan balut penutu kukusan dengan kain
  • Sapukan loyang atau bekas apam dengan minyak, kemudian tuang adunan apam
  • Kukus apam selama lebih kurang 45 mini atau hingga masak (kalau kukus dalam loyang)
  • Kalau dalam bekas kecik2 kukus selama 15 minit je...
  • Dah masak hidangkan bersama kelapa yang digaul garam

Yam..yam..yam..sedapnya..tak sangka menjadi...hehehe...Oh ye terlupa satu lagi...kalau korang semua suka apam yang berwarna warni macam apam saya tu boleh la letak warna kegemaran ye sebelum apan tu diperap...


Okey selamat mencuba pulak ye......

Label: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright By MzDynA. Dikuasakan oleh Blogger.